Biji koko yang dikeluarkan daripada buahnya. -Foto Smart Globe International

KUASA KOKO… Ivory Coast, pengeluar koko terbesar di dunia yang letaknya di barat benua Afrika akan membina sebuah loji tenaga elektrik yang akan dijana oleh sisa buah koko.

Kemudahan di bandar Divo yang menghasilkan sebahagian besar koko di negara itu akan membakar sisa buah koko berupa kulit buah koko, ‘pod husk’ dan cecair putih kekuningan atau ‘cocoa sweatings’ untuk mengerakkan turbin sebelum menghasilkan tenaga elektrik, lapor BBC.

Sebelum ini, biji koko dieksport untuk menjana pendapatan kepada negara berkenaan manakala sisa buah koko dibuang begitu melibatkan satu jumlah yang besar.

“Loji ini sahaja akan dapat memenuhi keperluan tenaga elektrik untuk 1.7 juta orang,” kata Yapi Ogou, pengarah urusan syarikat Pantai Gading, Société des Energies Nouvelles (Soden), yang terlibat dalam pembinaan kilang tersebut.

Loji biomass ini yang merupakan terbesar di Afrika Barat dijangka siap pada awal 2023 dan menghasilkan tenaga elektrik antara 46 hingga 70 Megawatt setiap tahun.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here