ILUSTRASI: Brunel University.

 

Oleh Adi Sukma dan Hashim Yaacob

KAMI mengalukan penyambungan PKP yang baru diumumkan kerajaan.

Sebabnya ialah kerana melaluinya kita mungkin dapat menewaskan Covid 19. Itu pun kalau ada kesungguhan rakyat untuk mematuhi SOP, dan keazaman kerajaan untuk melaksanakan perintah PKP ini dengan serius.

Tahun lalu pada hari ini cuma ada sebanyak 33 orang sahaja dijangkiti Covid 19 pada hari itu.

Tetapi setahun kemudian pada hari ini sudah terdapat seramai 5,703 orang, iaitu 176 kali ganda banyaknya.

Dengan itu kita telah menjadi juara dalam proses merosakkan diri sendiri.

Ramai orang yang kita kenali yang tinggal berhampiran dengan kita sudah mati akibat Covid 19 ini. Dulu tidak begini.

Di New Zealand Covid 19 telah tewas sepenuhnya dan semua rakyat bebas ke sana ke mari menjalani kehidupan seperti sebelum datangnya Covid 19.
Kenapa ini boleh mereka capai?

Kerana mereka patuh kepada SOP dan kerajaan mereka bertegas setegasnya untuk memerangi dan membasmi Covid.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here