GAMBAR asal: NSTP.

 

Oleh Hajar Sharif
(yang pernah dicerobohi Covid 19)

AKU dibawa menaiki bas.
bak rombongan pelancongan…

Sepanjang perjalanan
aku membawa hati gulana.
Pasrah
takut dan duka tiada lagi terkira.

Virus sekecil seni
merejam buana/menerpa ke dalam diriku.

Dalam rawatan/
aku berperang, melawan musibah
dengan gementar segunung gundah.

Dalam reda aku sangsi.
Dalam perit
aku bangkit melawan sakit.

Lemon suam
dan vitamin C
pengimun diri.
Zikir,
tafakur Al-Quran
bersilih ganti
memagar virus

Jiwa pun tenang
kental kukuh
menjadi utuh.

Apakah ini
jentikan Allah pembasmi dusta
bertahun kian menyelimuti kita?

Kini
Atas Limpah. KasihMu.
aku pulih Ya Allah.

Berjurai air mata meniti pipiku memanjat syukur.
Hanya Kau yang Tahu,
wahai Tuhanku Al-Alim.

Aku bersyukur.
Air mataku menjadi saksi.

Hall F2,
Pusat Kuarantin
MAEPS SERDANG
1-6 Jun 2021

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here