KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 5,304 kes baharu Covid-19, dengan 64 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini 657,508 kes.

Dalam kenyataan, Noor Hisham berkata Selangor terus mencatatkan angka jangkitan tertinggi iaitu 1,973 kes

Ia disusuli Sarawak (544), Kuala Lumpur (462), Johor (363), Sabah (335), Negeri Sembilan (331), Kedah (301), Pulau Pinang (256), Kelantan (179), Labuan (158), Melaka (145), Perak (121), Pahang (78), Terengganu (46), Putrajaya (7) dan Perlis (5).

Daripada jumlah kes baharu itu, lima membabitkan kes import dan baki 5,299 adalah penularan tempatan.

Katanya, terdapat 73,324 kes aktif, dengan 452 daripada 917 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula mencatatkan 8,163 dengan jumlah kumulatif sebanyak 580,276 kes manakala jumlah keseluruhan kematian setakat ini 3,908.

Selain itu, Hisham berkata kes kematian pada hari ini yang melibatkan 15 kes di Selangor, 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh kes di Johor, enam kes di Kedah, masing-masing lima kes di Negeri Sembilan dan Pahang.

Katanya, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula masing-masing mencatatkan empat kes, masing-masing dua kes di Sabah dan Kelantan, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Terengganu.

“Kes kematian itu membabitkan 61 warganegara dan tiga bukan warganegara

“Korban termuda berusia 21 tahun manakala paling tua berusia 88 tahun dengan majoritinya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, buah pinggang dan strok.” katanya.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/13/5304-kes-covid-19-selangor-tertinggi/
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here