TEL AVIL – Pemimpin parti Ra’am Mansour Abbas, yang memainkan watak penting dalam pembentukan kerajaan baharu Israel, berjanji untuk merebut kembali tanah di Israel yang “diambil alih” daripada orang Arab.

Beliau yang berucap dalam bahasa Arab pada majlis plenum Knesset (Perlimen) berkata, pihaknya akan mendapatkan kembali tanah yang diambil daripada orang Arab dan perkara itu menjadi keutamaannya.

“Kita berasal dari berbagai bangsa, agama yang berlainan, dan juga sektor. Hanya satu perkara yang menghubungkan kita dengan semua warga Israel dan itulah kewarganegaraannya. ” kata beliau dalam bahasa Ibrani pada akhir ucapannya.

Abbas menafikan bahawa kerajaan baharu Israel telah ‘menjual’ bahagian selatan Israel kepada parti berkenaan dalam usaha mendapat sokongan, sambil menambah kawasan dan rakyatnya masih lagi sebahagian daripada Israel.

Parti Ra’am sebelum ini memeterai perjanjian dengan parti Yest Atid yang turut mengiktiraf kewujudan tiga komuniti Badwi Arab di selatan Israel dan melanjutkan pembekuan Undang-Undang Kaminitz – yang membenarkan usaha merobohkan pembinaan haram – hingga akhir 2024.

Abbas juga menekankan bahawa pihaknya akan berusaha menangani jenayah kekerasan dalam kalangan masyarakat Arab Israel.

Pemimpin Ra’am itu berkata, kerajaan gabungan baharu “juga akan merapatkan jurang di peringkat nasional dan tingkat keagamaan, dan membawa kepada dialog yang akan membantu kita saling memahami dan tidak memandang satu sama lain sebagai musuh.”

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here