PETALING JAYA – Meskipun menerima pelbagai kritikan dan berasal daripada parti yang saling bertelagah, namun Jemaah Menteri hari ini bekerja sebagai sebuah kerajaan dan “paling tenang” berbanding sebelum ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

Beliau berkata, kerajaan pada masa ini membuat ketetapan untuk tidak fokus soal politik, sebaliknya menjadikan Covid-19 dan nyawa rakyat sebagai tumpuan utama.

“Kerajaan yang ada pada hari ini, meskipun pelbagai kritikan diterima, saya rasa (Jemaah Menteri) ini paling tenang (berbanding) yang terdahulu,” kata beliau menurut laporan Sinar Harian.

Katanya, dakwaan yang mengatakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal kerana anggota Jemaah Menterinya adalah tidak berasas kerana sehingga hari ini ia masih konsisten dalam memelihara kesejahteraan rakyat dan negara.

“Walaupun datang daripada parti yang bertelagah tetapi dari segi bekerja sebagai sebuah kerajaan, saya boleh katakan tiada pun satu insiden yang berlaku seperti pertengkaran, percanggahan pendapat dalam bentuk yang orang kata macam krisis yang kita tengok di luar.

“Meskipun (Jemaah Menteri) PN berfungsi dalam keadaan yang tidak ideal susulan ‘berkeceramuk’ kerana datang daripada pelbagai pemimpin parti yang tidak sehaluan sebelum ini, namun ia dapat berfungsi dengan baik,” katanya.

Tambah beliau, pada setiap Rabu, mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan akan berbincang secara harmoni dengan satu matlamat, iaitu mengatasi krisis kesihatan, ekonomi dan juga isu politik.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/14/ini-jemaah-menteri-bekerja-paling-tenang-kata-annuar/

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here