GAMBAR: Philafrenzy, CC BY-SA 4.0 , via Wikimedia Commons.

 

Oleh Fetty Rara

PARA menteri kanan telah bersetuju untuk menunda keputusan menarik balik semua sekatan Covid-19 di England sehingga selepas 21 Jun.

Sumber kerajaan memberitahu BBC bahawa peraturan yang ada sekarang akan terus berkuat kuasa selama empat minggu lagi.

Ini bermakna semua kelab malam akan kekal ditutup dan orang ramai masih digalakkan untuk bekerja dari rumah jika boleh.

Penundaan itu akan dibentangkan di Parlimen bulan ini dan dijangka bakal mencetuskan bantahan daripada pihak konservatif.

Fasa 4 pelan ‘lockdown’ kerajaan akan menyaksikan semua had penjarakan sosial ditarik balik.

Bagaimana pun, kumpulan saintis telah mendesak supaya penarikan balik semua sekatan ditunda bagi membolehkan lebih ramai individu divaksinasi dan mendapat dos kedua susulan peningkatan jumlah kes varian Delta di negara itu.

Penundaan juga akan membolehkan kajian lebih terperinci dilakukan bagi melihat prestasi vaksin serta kaitan jangkitan dengan kes-kes yang dirujuk ke hospital.

Pada Ahad (13 Jun) Perdana Menteri Boris Johnson berkata keputusan berhubung pelonggaran secara menyeluruh belum lagi dibuat.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here