KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada wakil negara, Syarifuddin Azman yang muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Barcelona, Sepanyol.

Ucapan tahniah itu disampaikan melalui perkongsian dalam Facebooknya hari ini.

Muhyiddin menyatakan beliau berbangga dan gembira bila dimaklumkan bahawa anak muda Malaysia, Syarifuddin yang dikenali sebagai Damok berjaya menggegar Litar Catalunya.

“Sudah pasti hanya keazaman, ketekunan, kesungguhan dan keberanian sahaja yang mampu meletakkan seorang pelumba untuk bergelar juara. Tahniah Damok!,” kata beliau.

Anak kelahiran Selangor, Syarifuddin berusia 19 tahun memulakan perlumbaan di petak ke-10 telah meraih kemenangan bergaya apabila memperagakan tunggangan terbaiknya sepanjang perlumbaan.

Beliau mencatatkan masa 29 minit 32.553 saat dalam 16 pusingan sejauh 74.5 kilometer

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here