GAMBAR: Ulysse Bellier, CC BY 2.0 , via Wikimedia Commons.

 

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

KERAJAAN New Zealand akan secara rasmi memohon maaf di atas serbuan terhadap anggota masyarakat Pasifik yang berlaku pada tahun-tahun 70an.

Hari ini, Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata sudah tiba masanya untuk permohonan maaf itu dibuat di atas ‘serbuan subuh’ yang menyaksikan pasukan polis menyasarkan mereka yang dipercayai tinggal di negara itu melebihi tempoh visa hanya berdasarkan etnik, lapor akhbar The Guardian.

Beliau berkata permohonan maaf tidak mungkin memadai memandangkan komuniti yang disasarkan itu telah begitu lama disisih dan didiskriminasikan oleh kaum kulit putih di New Zealand.

Bagaimana pun, beliau berkata ia setidak-tidaknya akan menyumbang kepada pemulihan imej dan kedudukan masyarakat Pasifik.

Tindakan tersebut berlaku di bawah pentadbiran kedua-dua parti politik utama New Zealand di bawah pimpinan perdana menteri Parti Buruh Norman Kirk hingga kepada pentadbiran Parti National Robert Muldoon.

Ardern berkata beliau akan memohon maaf pada 26 Jun depan di Dewan Komuniti Auckland.

Tarikh tersebut dipilih bersempena dengan ulang tahun ke-50 penubuhan Polynesian Panther Party, sebuah pergerakan keadilan sosial yang berjuang untuk membebaskan kaum Pasifik di negara itu daripada diskriminasi.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here