Oleh Fetty Rara

SATU petisyen sedang berjalan bagi mengumpulkan tandatangan daripada rakyat Malaysia, tanpa mengira parti bagi menyokong cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya ditubuhkan sebuah Majlis Pemulihan Negara(MKN).

Petisyen bertajuk, MPN (Majlis Pemulihan Negara) Untuk Malaysia yang dimulakan oleh Ahli Majlis Tertinggi Pejuang (Penaja), Tun Fiqa Mohammad itu semakin disambut baik oleh banyak pihak tanpa mengira parti yang rata-ratanya hanya mahukan perubahan pada polemik politik negara.

Beliau memaklumkan kepada BebasNews pada Selasa (15 Jun) bahawa “rakyat yang telah penat dengan politik negara kini hanya mahukan penyelesaian kepada segala permasalahan, dan inisiatif tersebut umpama talian hayat terakhir bagi membantu memperbaiki keadaan ke arah yang lebih baik”.

AHLI Majlis Tertinggi Pejuang (Penaja), Tun Fiqa Mohammad

Kempen petisyen tersebut dilihat sebagai jalan untuk memberi penerangan dan kesedaran tentang keabsahan MKN sebagai satu usaha membawa negara ke arah matlamat “susun semula, lahir semula dan bina semula” (reset, reborn, rebuild).

Menurut Tun Fiqa empat agenda perlu diperkasa, iaitu kesihatan, ekonomi, politik, sosial dan pendidikan merupakan jalan terbaik kerana formula Mageran yang terakhir telah terbukti berkesan selama lebih 50 tahun.

Oleh yang demikian beliau berkata dalam keadaan yang serba meruncing sekarang, masanya telah tiba untuk formula tersebut ditambah baik dan dilaksanakan bagi memulihkan negara.

PERBINCANGAN Tun Dr Mohamad bersama yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara baru-baru ini.

Ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara, baru-baru ini, Dr. Mahathir telah mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara bagi menangani kemelut masalah negara ketika pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, berdasarkan sokongan rakyat, beliau amat berharap agar cadangan tersebut dimajukan pada sesi perbincangan Yang di-Pertuan Agong bersama raja-raja Melayu pada Rabu (16 Jun).

MAJLIS PEMULIHAN NEGARA (MPN)

-BebasNews

Please follow and like us:

5 COMMENTS

  1. 💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍Sokong & setuju…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here