Fake news
Image by memyselfaneye from Pixabay

KUALA LUMPUR – Tahap kepercayaan rakyat Malaysia terhadap berita palsu yang tersebar di media sosial masih tinggi apabila 62% daripada 1,116 orang responden mengaku percaya dengan berita palsu terutama yang disebarkan di media sosial dan aplikasi komunikasi.

Kekerapan responden percaya dengan berita palsu yang tersebar ialah Kadang-kadang 48%, Sering 14% manakala Jarang 31% dan hanya 6% yang Tidak Pernah, demikian menurut hasil kajian Pusat Penyelidikan Undian UCSI.

Keputusan ini membimbangkan apabila 62% responden iaitu Kadang-kadang (48%) dan Sering (14%) percaya ini secara tidak langsung percaya kepada berita palsu yang disebarkan.

Responden turut ditanya soal tindakan mereka pada tahun lalu apabila menerima berita palsu ketika negara mula dilanda pandemik Covid-19.

Sebanyak 37.8% bertindak tidak menyebarkan sebarang berita, sebanyak 37.5% kurang mempercayai informasi daripada aplikasi komunikasi (seperti WhatsApp), kurang mempercayai media (36.3%), 34.6% menggunakan laman sesawang untuk menyemak fakta (seperti Sebenarnya.my) dan 21.8% bertindak kurangkan penggunaan internet.

Sementara itu, laman media sosial seperti Facebook dan Instagram (79.7%) menjadi medan utama responden menerima berita palsu diikuti dengan aplikasi komunikasi seperti WhatsApp (67%), platform perkongsian video seperti YouTube 43.5%, saluran media massa seperti televisyen dan akhbar pula 23.1% dan Lain-lain platform sebanyak 8.1%.

UCSI

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here