ZAINUDDIN... jurulatih Kelantan.

 

Oleh TL ANG

KUALA LUMPUR – Pertemuan kriket bawah 19 di antara Kelantan dengan Ottoman CC, Afrika Selatan yang dijadualkan Disember 2021 di Cape Town terpaksa ditangguhkan.

”Keadaan masih belum terkawal kerana Covid-19,” kata Presiden Persatuan Kriket Kelantan, Datuk Azmi Mohd. Ali.

Perkara ini telah diberitahu kepada Presiden Kelab Kriket Ottoman (Ottoman CC) di Cape Town itu, 15 Jun 2021 dan dicadangkan penetapan jadual perlu dibincangkan kemudian.

”Apabila keadaan selesa, kita tetapkan tarikh sebenar-benarnya,” kata Azmi yang juga Presiden Persatuan Pengadil & Pencatat Kriket Malaysia.

Jurulatih belia Kelantan Zainuddin Harun yakin tarikh baharu bakal menyaksikan skuad bawah 19 Kelantan lebih bersedia untuk bersaing dengan skuad Ottoman yang amat dihormati di Cape Town.

Senarai pelatih bawah 19 Kelantan sebahagian besar berkumpul di  Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra, Gua Musang.

AZMI MOHD. ALI

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here