KUALA LUMPUR – Universiti UCSI menawarkan biasiswa sehingga RM30 juta serta pengecualian yuran kepada lepasan SPM daripada keluarga terjejas akibat pandemik Covid-19 yang memperoleh keputusan cemerlang pada tahun ini.

Pro Naib Canselor Universiti UCSI (Kampus KL), Professor Dato’ Dr Toh Kian Kok berkata pelajar SPM yang menerima 9A+ juga layak menerima biasiswa penuh daripada Universiti.
“Ini adalah salah satu usaha kami memberi kembali kepada komuniti dan kami memilih memperkasakan pelajar dengan pendidikan yang tepat.

“Ketika banyak perniagaan terkesan dengan pandemik sehingga ramai yang kehilangan pekerjaan atau terpaksa berdepan denganpemotongan gaji, kami terpanggil untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Dr Toh Kian Kok

Katanya, Biasiswa dan Dermasiswa Sukan UCSI dianugerahkan kepada pelajar Malaysia yang layak tanpa mengira bangsa dan agama bagi menyambung pengajian di peringkat universiti sama ada dalam bidang asasi, A-Level, diploma, ijazah mahupun sarjana.

UCSI menawarkan lebih 100 program ijazah dalam pelbagai disiplin antaranya, perniagaan, kejuruteraan, muzik, seni dan reka bentuk, komunikasi massa, biosains, seni bina, pengurusan hospitali dan pelancongan, perubatan, sains komputer, kecerdasan buatan (AI) dan sains farmaseutikal.

QS World University Rankings 2022 dalam penilaian terkini menempatkan UCSI di kedudukan 347 sekaligus naik 44 anak tangga berbanding prestasi sebelumnya di kedudukan 391 sekaligus berada dalam kelompok 1.1% universiti terbaik di dunia.

Awal tahun ini, Institut Muzik (IMus) UCSI disenaraikan dalam kelompok 50 terbaik (Top 50) mengikut subjek bagi seni persembahan oleh QS World University Rankings 2021.

Dalam penilaian sama juga, Fakulti Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti (FHTM) turut berada di kedudukan 100 terbaik dunia bagi subjek pengurusan dan hospitaliti. Fakulti Kejuruteraan (FETBE) di kedudukan 150 terbaik dunia mengikut subjek kejuruteraan petroleum sementara Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FBM) di kedudukan 300 terbaik dunia bagi subjek pengajian pengurusan dan perniagaan.

Untuk rekod, UCSI memiliki hubungan yang baik dengan universiti-universiti terbaik dunia di mana pelajar terbaik berpeluang terpilih untuk program penyelidikan termasuklah di Harvard University, Imperial College London, Tsinghua University, University of Chicago dan University of Queensland.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang https://apps.ucsiuniversity.edu.my/scholarships/index.aspx atau hubungi kami melalui talian 03-9101 8882/011-3592 0893.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here