GAMBAR: Carlsberg Berhad.

 

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

POLIS telah menafikan dakwaan bahawa kilang Carlsberg di Shah Alam beroperasi semasa ‘lockdown.’

Ini berikutan satu dakwaan melalui Facebook bahawa kilang di Seksyen 15, Shah Alam itu masih beroperasi kerana kelihatan asap yang keluar daripada corong di bumbung bangunan tersebut.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata berikutan dakwaan itu satu pasukan petugas pematuhan operasi telah dihantar ke Carlsberg Brewery Malaysia Berhad pada Jumaat (18 Jun) dan mendapati kilang tersebut sebenarnya tidak beroperasi.

Pasukan petugas telah berjumpa dengan pengurus kanan kilang berkenaan yang menjelaskan bahawa mereka telah menghentikan operasi sejak 1 Jun lalu.

Menurut pengurus kanan itu lagi asap yang kelihatan keluar adalah hasil daripada proses pemanasan ragi bagi memastikan bahan tersebut tidak rosak sepanjang penutupan operasi kilang.

Beliau berkata asap perlu dilepaskan supaya tidak berlaku letupan, dan ia dibenarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here