Oleh Zainal AS Rashid

SEORANG peserta skuad Uganda ke Olimpik Tokyo telah didapati positif Covid-19 setiba di Jepun untuk mengambil bahagian dalam temasya sukan dunia itu pada 23 Julai.

Temasya sukan Olimpik Tokyo ditunda tahun lalu, tetapi akan diteruskan tahun ini walaupun Jepun sedang mengalami ombak baharu pandemik Covid-19, lapor bbc.com.

Uganda juga sedang mengalami lonjakan kes hingga memaksa kerajaan negara itu mengetatkan langkah-langkah ‘lockdown’ bermula Jumaat lalu.

Menurut beberapa laporan peserta yang tidak dinamakan itu merupakan seorang daripada skuad enam orang dari Uganda yang telah lengkap divaksinasi.

Sebelum berlepas dari Uganda kesemua mereka yang terdiri daripada jurulatih, peninju dan pegawai telah menjalani ujian Covid-19, tetapi didapati negatif.

Bagaimana pun, setiba mereka di lapangan terbang antarabangsa Narita Tokyo pada Sabtu, seorang daripada mereka yang didapati positif diletakkan dalam kuarantin, sementara yang lain meneruskan perjalanan ke Osaka dengan menaiki bas sewa khas untuk berlatih sebelum menyertai temasya tersebut.

Skuad Uganda adalah kontinjen kedua ahli sukan tiba di Tokyo untuk menjalani latihan selepas skuad sofbol wanita Australia pada 1 Jun.

Penonton dari luar negara dilarang menyaksikan temasya Olimpik tersebut, sementara keputusan sama ada penonton tempatan dibenarkan akan diumumkan pada Isnin( 21 Jun).

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here