SHAH ALAM – Seorang eksekutif sebuah syarikat swasta ditahan reman tujuh hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Shah Alam bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM39,000 antara tahun 2018 hingga kini.

Timbalan Pendaftar, A. Karthiyayini menetapkan perintah reman sehingga 28 Jun ini selepas membenarkan permohonan dilakukan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berusia 43 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor pada pukul 3.20 petang semalam atas dakwaan meminta dan menerima rasuah secara bulanan berjumlah RM39,000 daripada beberapa buah syarikat pembersihan.

Sumber memberitahu, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara tahun 2018 sehingga tahun ini.

“Perbuatan suspek itu adalah sebagai balasan bagi memastikan syarikat-syarikat terlibat terus mendapat kontrak pembersihan dengan syarikatnya.

“Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” jelasnya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here