GAMBAR: WHO Afrika.

 

Oleh Fetty Rara

SEBAHAGIAN besar negara-negara miskin yang menerima vaksin Covid-19 sebelum ini melalui program perkongsian vaksin global kini semakin kehabisan dos untuk menyuntik penduduk masing-masing.

Menurut penasihat kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  Dr Bruce Aylward sebanyak 90 juta dos telah diagihkan kepada sejumlah 131 negara di bawah program Covax, lapor bbc.com.

Beliau berkata jumlah tersebut jauh daripada mencukupi untuk melindungi penduduk di negara-negara miskin dan seterusnya menyekat penularan virus ke serata dunia.

Laporan tentang perkara ini menyusul setelah sesetengah negara di Afrika sedang bergelut dengan gelombang ketiga Covid-19.

Pada Isnin (21 Jun) Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa telah menggesa supaya negara-negara kaya menghentikan tindakan menyimpan vaksin berlebihan di kala negaranya sendiri sedang berusaha bertungkus-lumus untuk mengekang peningkatan jumlah kes.

Beliau berkata secara purata di Afrika hanya 40 juta dos telah diberikan, ia itu kurang daripada dua peratus penduduk di seluruh benua tersebut.

Bagi mengatasi masalah itu beliau berkata kerajaannya sedang bekerjasama dengan Covax untuk menjadikan Afrika Selatan sebagai hab pengeluaran vaksin serantau.

Program Covax dimulakan pada tahun lalu bagi memastikan vaksin Covid-19 diperoleh secara adil oleh semua negara, dengan negara-negara kaya menanggung kos subsidi untuk negara-negara miskin.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here