Kilang gula CSR

SHAH ALAM-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjamin bekalan gula di seluruh negara kembali pulih sepenuhnya setelah bekalannya dilaporkan berkurangan baru-baru ini.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, masalah bekalan gula berlaku disebabkan kilang pemprosesan gula di Prai Pulau Pinang menghadapi masalah teknikal akibat kerosakan ‘boiler’.

“Bagi memastikan bekalan gula tidak menghadapi masalah dan cukup di pasaran, hari ini saya datang ke kilang ini untuk memastikan stok dan keberadaan gula terjamin. Ini disebabkan berlaku masalah pengeluaran di kilang gula Prai.

“Sebelum ini kita mendapat laporan daripada pemborong di Pantai Timur seperti di Pahang dan Terengganu bahawa stok mereka sudah berkurangan. Oleh sebab itu hari ini saya mengambil inisiatif melihat sendiri keberadaan gula di kilang ini,” katanya ketika melawat Kilang Gula Central Sugar Refinery (CSR) di Batu Tiga Shah Alam hari ini.

Rosol berkata, selepas melihat sendiri operasi dan mendengar taklimat CSR pihaknya yakin bekalan gula mencukupi untuk pasaran di negara ini.

“Hasil tinjauan di sini, walaupun stok dikatakan berkurangan tetapi masih boleh bertahan.Kilang gula di Prai pun sudah boleh beroperasi dan bekalan tidak menjadi isu,”katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap kilang gula akan terus memastikan bekalan komoditi tersebut mencukupi agar tidak timbul isu kekurangan bahan makanan tersebut pada masa depan.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here