Ethan Wang menunjukkan produk keluaran syarikat TerraMIx FB yang memasuki pasaran Malaysia.

KUALA LUMPUR – dōTERRA, sebuah syarikat kesihatan dan peneraju pasaran Aromaterapi dan Minyak Essential dunia, telah melancarkan produk makanan pertama syarikat tersebut, TerraMix FB, di pasaran tempatan.

Pelancaran secara maya di hadapan lebih 6000 pesertanya dilakukan sempena meraikan ulang tahun keempatnya di Malaysia.

TerraMix FB adalah minuman berperisa limau-epal semula jadi yang menyediakan sumber
serat larut dan tidak larut yang baik melalui campuran serat epal semula jadi, serat ubi kayu dan biji rami tanah.

“Garis Panduan Diet Malaysia mengesyorkan pengambilan 25 g hingga 30 g serat makanan
setiap hari, yang bersamaan dengan pengambilan banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan
beberapa mangkuk oatmeal bersama,” kata Ethan Wang, Pengurus Besar dōTERRA Malaysia.

“TerraMix FB berperanan menyenangkan rakyat Malaysia untuk mendapatkan jumlah serat
makanan yang disyorkan setiap hari, dengan setiap hidangan yang menyediakan hingga lima gram serat makanan,” kata beliau.

Di sebalik keadaan pandemik yang telah menjejaskan ekonomi runcit dan pengguna, doTERRA tetap nekad dalam memastikan pertumbuhan perniagaannya di pasaran tempatan.

“Bermula daripada pemindahan operasi ke gudang yang lebih besar untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat hingga memperkenalkan lebih dari 15 produk baharu ke pasar
tempatan, tahun yang lalu penuh dengan pelbagai detik yang menarik untuk perniagaan kami di Malaysia.

“Kami menyaksikan pertumbuhan penjualan yang luar biasa sekitar 43 peratus
sementara pangkalan pelanggan baharu kami juga meningkat sekitar 68 peratus” ujar Wang.

Pada masa sama, dōTERRA Malaysia juga melipatgandakan usaha membantu masyarakat dan tanggungjawab sosial melalui inisiatif doTERRA Healing Hands, yang sebanyak lebih RM 435,000 telah disumbangkan sejak beroperasi di negara ini.

Beliau berkata antara penerima manfaat termasuklah National Autism Society of Malaysia (NASOM), Tenaganita, Dual Blessing, Refuge for the Refugees (RFTR), Dapur Jalanan KL, dan Liga Rakyat Demokratik (LRD).

“Kempen jangkauan kami yang akan datang menampilkan rakan NGO terbaharu kami, National Cancer Society of Malaysia (NCSM), di mana kami akan menyokong pembinaan kemudahan ‘Play Therapy’ untuk rumah anak-anak di NCSM,” tambah beliau.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here