Oleh Fetty Rara

UCAPAN tahniah mencurah di media sosial di atas kejayaan pengangkat berat Malaysia, Bonnie Bunyau yang memecahkan rekod dunia pada Para Powerlifting World Cup di Dubai.

Pengangkat berat kelahiran Kuching, Sarawak itu mencipta rekod baharu dunia untuk memenangi pingat emas apabila berjaya mengangkat 230kg bagi kategori lelaki atas 72kg, justeru memecahkan rekod 229kg yang dibuat pada 2019 oleh peserta dari Iran, Rostami Roohallah.

Pengangkat berat dari China, Hu Peng mendapat pingat perak dengan 214kg, sementara peserta Nigeria Innocent Nnamdi yang memenangi pingat gangsa pada temasya sukan Paralimpik Rio de Janeiro 2016 di tempat ketiga dengan 213kg.

Bagi Bonnie ia merupakan kemenangan kedua untuk tahun ini dalam Para Powerlifting World Cup setelah berjaya meraih kedudukan pertama dengan mengangkat seberat 226kg bagi kategori atas 72kg di Bangkok pada Mei lalu.

Dengan kejayaan terbaharu ini Bonnie mungkin akan ke Tokyo sebagai para lifter No.1 bagi kategorinya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here