GAMBAR: Ajay Suresh from New York, NY, USA, CC BY 2.0 , via Wikimedia Commons.

 

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SEMUA kakitangan dan pelanggan bank pelaburan Morgan Stanley akan disekat daripada memasuki pejabat-pejabat syarikat tersebut di New York jika mereka belum mendapat vaksinasi penuh Covid-19.

Dengan larangan itu maka semua pekerja berkenaan perlu bekerja dari rumah, lapor bbc.com.

Dasar tersebut akan berkuat kuasa bulan hadapan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik balik semua SOP.

Pada minggu lalu Ketua Eksekutif bank tersebut telah meminta semua pekerja kembali ke pejabat.

Menurut satu memo dalaman bermula dari 12 Julai semua pekerja sepenuh masa, separuh masa dan pelanggan perlu menyatakan sama ada mereka telah mendapat vaksinasi penuh sebelum dibenarkan ke dalam bangunan-bangunan Morgan Stanley di New York.

Buat masa ini dasar tersebut dilaksana berdasarkan tanggungjawab dan keikhlasan, tetapi apabila peraturan baharu berkuat kuasa syarikat akan mewajibkan pekerja dan pelanggan menunjukkan bukti vaksinasi penuh.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here