KUALA LUMPUR – Berbeza dengan pandangan sesetengah pihak, impak terhadap ekonomi negara tidak berubah sama ada perintah kawalan pergerakan dilaksanakan atau pun sebaliknya kata Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Nurhisham Hussein.

Beliau berkata demikian dalam perbincangan secara maya tentang ‘Malaysia Economic Monitor Report’, edisi terbaharu yang diterbitkan oleh Bank Dunia dengan merujuk kepada penyelidikan perbandingan dengan impak ekonomi pandemik di Sweden dan Amerika Syarikat.

Nurhisham berkata, impak ekonomi adalah jelas yang tetap akan dirasai sama ada PKP dilaksanakan atau tidak, lapor Malaysia Now.

Beliau berpendapat kedua-duanya tidak boleh dikesampingkan.

“Dari segi keutamaan dalam dasar fiskal, usaha menangani kesihatan harus diutamakan terlebih dahulu sambil menambah, pemulihan ekonomi tidak akan berlaku jika sistem kesihatan lumpuh kerana pandemik Covid-19.

“Jika kita tidak mengatasinya, tiada gunanya untuk bercakap tentang pertumbuhan dan juga pemulihan ekonomi,” kata Nurhisham.

Beliau menambah jika sistem kesihatan dibebankan, ekonomi juga terjejas. Oleh itu, usaha menangani Covid-19 perlu menjadi keutamaan utama.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here