KUALA LUMPUR – Pada musim buah durian semakin meriah dijual, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan berita tular di media sosial berkaitan kejadian seorang individu yang telah divaksin meninggal dunia selepas makan durian.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman Facebooknya berkata, berita tersebut adalah palsu dan meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan berita tersebut.

“KKM mengesahkan maklumat ini palsu. Mohon kerjasama semua untuk tidak menyebarkannya,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Terdahulu tular di laman sosial apabila orang ramai menerima mesej tular kononnya seorang individu yang telah divaksinasi meninggal dunia selepas makan durian.

“Beritahu keluarga dan rakan-rakan untuk jangan makan durian sebelum atau selepas vaksinasi.

“Rakan saya di kebun diberi vaksin dan kembali makan durian pada keesokan harinya dan meninggal dunia.

“Lebih baik mengetahui dan berhati-hati. Hidup itu berharga, kerana suatu saat kejahilan akan membunuhnya, menyedihkan,” kata mesej yang tular itu.

Sementara itu, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi berbeza ke atas hantaran yang dimuat naik KKM tersebut termasuk ada yang mengaitkan kejadian itu berlaku disebabkan penyakit yang dialami mangsa bukan disebabkan vaksin.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here