Suspek tiba di mahkamah Majistret untuk dikenakan tahanan reman

KUALA LUMPUR – Seorang penolong setiausaha di sebuah kementerian disiasat yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menjadi dalang projek dengan mengaut wang suapan lebih RM1 juta, ditahan reman selama lima hari.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret, Shah Wira Abdul Halim bermula Rabu sehingga Isnin depan.

Suspek berusia 46 tahun disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 menerima wang suapan sebagai balasan membantu 11 buah syarikat mendapatkan kontrak projek bekalan am, perkhidmatan dan pengangkutan di kementerian terbabit.

Menurut sumber, untuk tempoh hampir lima tahun lalu menerima suapan berupa wang tunai sebanyak RM300,000, barang kemas, tanah lot berkeluasan dua ekar, rumah kedai dua tingkat dan sebuah motosikal yang jumlah keseluruhannya dianggarkan lebih RM1 juta.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here