GAMBAR: NullSession from Bettendorf, Iowa, United States, CC BY-SA 2.0 , via Wikimedia Commons

 

Oleh Zainal AS Rashid

PENGASAS pengisian antivirus John McAfee, 75, didapati mati di dalam sel sebuah penjara di Barcelona, Sepanyol.

Menurut media tempatan kematiannya berlaku selepas sebuah mahkamah Sepanyol meluluskan perintah ekstradisi beliau ke Amerika Syarikat sehari sebelum itu.

Jabatan kehakiman Catalan menyifatkan kematian beliau sebagai kes bunuh diri.

Para pengawal penjara telah cuba untuk memulihkan beliau apabila ditemukan dalam keadaan tidak sedar diri, tetapi gagal dan beliau kemudian disahkan mati.

Kementerian kehakiman Sepanyol tidak memberikan sebarang respons segera apabila ditanya oleh media.

McAfee berdepan dengan beberapa tuduhan persekutuan berhubung kes cukai dan penipuan menggunakan mata wang kripto di AS.

Beliau kemudian dihadapkan dengan tuduhan kegagalan mengemukakan penyata cukai dari 2014 hingga 2018.

Bagaimana pun, kesemua tuduhan itu tidak mempunyai kaitan dengan perisian komputer McAfee.

McAfee menghilangkan diri sejak 2012 setelah dikatakan terbabit dalam satu kes pembunuhan di Belize, tetapi beliau menafikan pembabitan dalam kes tersebut.

Pada 2019 McAfee memuat naik tweet yang menyatakan bahawa beliau hanya terbabit dalam satu jenayah, iaitu ‘ kegagalan mengemukakan penyata cukai’ dan mendakwa lain-lain tuduhan adalah propaganda AS untuk menutup mulutnya.

Beliau ditangkap oleh tentera Republik Dominica ketika melabuhkan kapal layarnya di Puerto Plata pada Julai 2019.Bersama beberapa senjata kaliber tinggi dan peluru turut dirampas.

Beliau kemudian melarikan diri ke Eropah dan akhirnya di tangkap di Barcelona pada 2020.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here