KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendakwa beliau telah ditipu oleh presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi pada Januari lalu sehingga beliau menarik sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Nazri yang buat pertama kalinya membuka mulut tentang tindakannya itu berkata, penarikan sokongan yang dilakukan selepas tindakan serupa dilakukan oleh Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub adalah sebahagian rancangan Zahid.

Nazri berkata segala-galanya direncanakan oleh Zahid dan Presiden UMNO sendiri tidak menarik balik sokongannya., lapor Malaysia Now.

“Dia menipu. Jika tidak, kenapa pula saya mahu menarik balik sokongan tanpa sebab? Sejujurnya saya merasa ditipu, ” dakwa beliau.

“Semuanya diatur oleh presiden UMNO yang memutuskan sekelompok ahli Parlimen menarik sokongan secara satu persatu.

Pada 12 Januari lalu, Nazri telah mengumumkan penarikan balik sokongannya terhadap kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin beberapa jam setelah Yang di-Pertuan Agong memerintah keadaan darurat untuk menangani pandemik Covid-19.

Sebagai seorang yang mentaati parti, Nazri berkata, pendirian beliau sekarang mematuhi keputusan yang dibuat pada perhimpunan agung UMNO awal tahun ini agar parti itu tetap bersama kerajaan PN sehingga pilihan raya ke-15.

Nazri juga mendakwa beliau pernah menyokong Anwar Ibrahim pada tahun 2018 kerana mahu menyelamatkan UMNO daripada disenaraikan hitam jika ketua PKR menjadi perdana menteri.

“Pada saat itu, saya merasa perlu mendekati perdana menteri berikutnya, dan kemudian membujuknya untuk tidak membubarkan UMNO.

“Perdana menteri pada masa itu, Dr Mahathir Mohamad, ingin membubarkan UMNO, jadi saya fikir saya perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan parti,” tambah beliau.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here