GAMBAR: Republic of the Philippines, Public domain, via Wikimedia Commons

 

Oleh Fetty Rara

BEKAS Presiden Filipina Beningno Aquino III telah meninggal dunia pada usia 61 tahun di Manila pagi Khamis (23 Jun).

Benigno terkenal dengan kepimpinan pentadbiran yang menyaksikan negara Filipina menikmati kemakmuran berpanjangan, namun tidak sepi daripada tuduhan kronisme, lapor media tempatan.

Beliau yang merupakan anak kepada ikon demokrasi dan bekas presiden, Corazon Aquino memegang jawatan presiden negara itu dari 2010 hingga 2016.

Presiden Senat Filipina Vicente Sotto berkata seluruh negara berkabung di atas kematian beliau, tanpa mengira pegangan politik.

Pihak keluarga masih belum mengesahkan kematiannya, namun beberapa media memetik sumber rapat berkata bahawa puncanya ialah komplikasi penyakit paru-paru yang dihidapi sejak beberapa tahun.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here