Tony Fernandes

KUALA LUMPUR – Pengasas bersama AirAsia Tony Fernandes berkata, kepahitan krisis Covid-19 mengajar dirinya mengenali siapakah sahabatnya yang sejati.

Beliau mengingati apa yang sesetengah pihak lakukan meskipun ‘beliau telah dikuburkan enam kaki dalam tanah’, kata beliau ketika ditemu bual BFM’s Breakfast Grille semalam.

Sambil menghargai pihak yang terus membantu dan bersama dengan Air Asia, Fenandes berkata, krisis ini mengajar beliau siapakah kawan ketika susah dan senang serta ‘bagaimana kami telah dilayan’.

Menurut beliau, terdapat rakan kongsi yang mendapat keuntungan besar daripada Airasia sejak 19 tahun lalu, bukan mahu menghulurkan tangan membantu, bahkan sanggup untuk menghantar notis dan mahu mengambil tindakan undang-undang.

Fernandes kagum apabila 90 peratus penumpang AirAsia telah memilih untuk tidak memohon supaya wang mereka tidak dikembalikan dahulu kerana menyedari kesukaran yang dihadapi oleh syarikat penerbangan tambang murah itu.

Beliau yang tidak dapat menyatakan tempoh masa, berkata, pihak syarikat akan mengembalikan semula wang penumpang yang membeli tiket tetapi gagal meneruskan perjalanan mereka akibat krisis ini.

Fernandes berkata, pihaknya tidak mempunyai pemegang saham yang kaya untuk membantu syarikat itu dan apa yang dilakukan kini adalah untuk sekadar meneruskan kelangsungan hidup.

Mengakui bahawa AirAsia tidak mempunyai wang, beliau menjelaskan sekiranya semua penumpang mahu wang mereka dikembalikan, syarikat penerbangan itu akan jatuh bankrap sambil menambah syarikat itu mempunyai wang sebanyak AS$200 juta (RM800 juta) dengan Airbus yang sebelumnya digunakan untuk memesan pesawat baharu.

Beliau berkata, wang yang dimiliki syarikat ada di mana-mana tetapi tidak dapat digunakan berikutan krisis yang melanda.

Beliau berterima kasih dengan syarikat pemajakan pesawat dan kreditor lain yang membantu Airasia termasuk sesetengah bank dan mendakwa model perniagaan syarikat itu berdaya maju meskipun kini berdepan dengan kesukaran akibat Covid-19.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here