Nico (kanan) bergambar dengan promoternya Bob Arum di sebelah gambar datuknya Muhammad Ali. - Foto Top Rank/Mikey Williams

LEGASI… Cucu peninju terkemuka dunia Muhammad Ali yang bakal mencipta sejarah sebagai peninju profesional pada 14 Ogos, berharap dapat meneruskan legasi datuknya.

Berusia 20 tahun, Nico Ali Walsh melantik Bob Arum, menjadi promoternya. Apa yang menariknya Arum sebelum ini pernah menjadi promoter 27 perlawanan tinju Muhammad Ali selama hayatnya, lapor BBC

Nico yang juga pelajar akhir ijazah perniagaan berkata, beliau gembira kerana dapat meneruskan legasi datuknya dan berazam untuk mempertahankannya.

Muhammad Ali yang dikenali dengan gelaran ‘The Greatest’ telah memenangi gelaran juara tinju heavyweight dunia sebanyak tiga kali dan pernah diumumkan sebagai BBC Sports Personality of the Century pada tahun 1999.

Peninju terkemuka itu meninggal dunia pada tahun 2016 selepas bertarung dengan penyakit Parkinson selama tiga dekad.

Berpejabat di Las Vages, Amerika Syarikat, Arum, 89, yang menerajui Top Rank mula menjadi promoter perlawanan tinju Muhammad Ali pada tahun 1966. Malah di pejabatnya tergantung gambar beliau dan datuk Nico.

“Siapa sangka selepas bertahun-tahun kemudian, kami akan mempromosi pula perlawanan pertama cucu Muhammad Ali?

Arum berharap Nico yang dilihat sebagai seorang pemuda hebat akan mencontohi kejayaan datuknya.

Nico yang melalui 30 pertandingan amatur telah menamakan SugarHill Steward – jurulatih WBC juara heavyweight dunia Tyson Fury – sebagai sebahagian daripada ahli pasukannya.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here