DUA pemain Orang Asli hasil pembangunan Kriket Melayu, Sasha Azmi (dua kiri) dan kakaknya, Zumika.

 

KUALA LUMPUR – Program pembangunan khas akan dilaksanakan sebaik sahaja pelbagai masalah mengharungi Covid-19 reda.

Persatuan Kriket Melayu Malaysia terpaksa memikirkan pembaharuan dalam projek membangunkan pemain berikutan kelembapan pelaksanaan secara umum buat masa ini.

”Sejak pembangunan besar dari 1998 hingga 2017 dilakukan Kriket Melayu tidak dapat ditampung oleh pertubuhan kriket lain dan sekutunya, kami terpaksa menggerakkan pembangunan semula,” kata Setiausaha Agung Kriket Melayu Mohd. Najib Hassan.

MOHD. NAJIB HASSAN

Dalam perbincangan awal dengan anggota pembangunan Kriket Melayu dibarisi Azman Tajri, Muammar Isaruddin Mat Isa, Shiekh Rohan Razak dan Hamrizal Haris, sasaran utama ialah memulihkan semula program pemain perempuan.

Kriket Melayu tidak akan mendedahkan kaedah melaksanakan program tetapi ia bakal menarik perhatian golongan Orang Asli terutama di Gua Musang yang telah diprogramkan ke peringkat antarabangsa seperti yang dibuktikan dahulu.

”Kami akan berpakat semula dengan Kriket Thailand seperti aksi antarabangsa di Chiang Mai yang diperkenalkan dari 2014 hingga 2016. Ia kemudian dihentikan berikutan campur tangan pihak ketiga.

KRIKET Melayu turut bangunkan pasukan perempuan wilayah Pattani dari selatan Thailand.

”Juga kerjasama dua hala dengan wilayah Pattani, Thailand seperti dahulu sehingga Kriket Melayu dapat melahirkan dua pemain untuk mewakili Thailand, Soraya Lateh dan Rosenanee Kanoh.  Negara itu mara ke pusingan akhir Piala Dunia (perempuan) di Australia dua tahun lepas,”’ Najib.

Kriket Melayu juga yakin pihak kerajaan menerusi Majlis Sukan Negara akan membantu dalam program membangunkan kecemerlangan kriket menerusi program Kriket Melayu yang amat diyakini dahulu,” katanya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here