GAMBAR: Joint Task Force Philippines.

 

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PASUKAN penyelamat tentera Filipina telah mengeluarkan lima mayat terakhir nahas pesawat pengangkut yang terhempas di selatan negara itu semalam, justeru menaikkan jumlah yang terkorban kepada 50 orang.

Pesawat jenis Lockheed C-130 itu membawa 96 anggota tentera apabila ia tersasar daripada landasan semasa mendarat pada Ahad (4 Jul) di lapangan terbang Jolo, wilayah Sulu.

Setelah terbabas dan gagal membetulkan haluan pesawat tersebut telah merempuh kebun kelapa berhampiran dan terus terbakar dengan disaksikan penduduk kampung dan anggota tentera yang berada di situ, lapor VOA.

Anggota tentera, polis dan bomba berjaya menyelamatkan 49 penumpang, termasuk beberapa orang yang berjaya melompat keluar daripada pesawat sebelum ia meletup dan terbakar.

Tujuh orang yang berada berhampiran lokasi kejadian terkena serpihan pesawat, dan tiga dilaporkan maut.

Sebelum kejadian pesawat tersebut telah membawa jeneral dua bintang, Romeo Brawner Jr. bersama isteri dan tiga anaknya dari Manila ke bandar Cagayan de Oro di mana beliau bakal bertugas sebagai komander tentera baharu wilayah tersebut.

Sebahagian besar penumpang pesawat C-130 itu terdiri daripada rekrut tentera yang sedang menuju ke perbatasan di Sulu bagi menentang pejuang pemisah Abu Sayyaf.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here