GRAFIK: BebasNews.

 

Oleh Fetty Rara

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggesa orang ramai supaya berhati-hati dengan maklumat palsu berhubung vaksin yang ditularkan melalui media sosial.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat (9 Jul) SKMM memaklumkan bahawa dakwaan membabitkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre di Selangor yang tular dalam media sosial adalah palsu.

Menurut Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), beberapa mesej Whatsapp menggesa mereka yang belum mendapat temu janji vaksin supaya mendaftarkan melalui borang Google yang dilampirkan.

Mesej tersebut mendakwa kononnya mereka yang telah berdaftar dengan memasukan nombor MyKad dan telefon akan mendapat suntikan vaksin di PPV di Bangi.

SKMM berkata pemberian maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali, secara tidak langsung boleh membawa kepada eksploitasi maklumat peribadi dan pelanggaran privasi.

Selain itu, laporan berhubung beberapa mesej palsu lain mengenai program vaksin kebangsaan juga telah ditularkan.

Pada 6 Julai lalu Majlis Bandar raya Seberang Perai telah mengeluarkan satu kenyataan yang menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai satu mesej pendaftaran palsu pendaftaran Covid-19 yang ditularkan melalui Whatsapp. Mesej tersebut mendakwa bahawa pengguna boleh mendapat vaksin di sebuah pusat membeli-belah dengan cara menurunkan butiran peribadi, termasuk nombor MyKad dan telefon.

Pada bulan lalu, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat berkata satu mesej Whatsapp dan platform media sosial lain berhubung program vaksin di sebuah klinik di Bandar Seri Putera juga didapati palsu.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here