KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengurus besar syarikat Air Kelantan Sdn Bhd merupakan antara tiga lelaki ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek bernilai lebih RM27 juta pada tahun 2015 dan 2019.

Bekas pengurus, 60 ditahan bersama-sama seorang pegawai AKS berusia 39 tahun dan seorang pengurus projek, 43 tahun selepas tiba memberikan keterangan di Pejabat SPRM Kelantan petang ini, demikian menurut sumber hari ini.

Ketiga-tiga mereka ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini untuk memudahkan siasatan dakwaan rasuah sebuah syarikat yang mendapatkan projek dari AKSB, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Penahanan mereka yang terlibat dalam kes berprofil tinggi merupakan hasil daripada maklumat orang ramai.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here