SELAYANG – Hospital Selayang menafikan menghadapi masalah bekalan oksigen seperti didakwa dalam mesej tular di media sosial baru-baru ini.

Hospital Selayang menerusi Facebook pada Jumaat berkata, orang awam diminta berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan sebarang mesej palsu di media sosial serta tidak menyebarkannya.

Menurutnya, orang awam diminta merujuk terus dengan pihak hospital jika terdapat sebarang pertanyaan.

“Hospital Selayang tidak menghadapi masalah bekalan oksigen.

” Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan hebahan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya dan tidak menyebarkannya,” menurut kenyataan itu.

Menerusi mesej tular itu, terdapat pihak meminta sumbangan orang ramai untuk membeli tangki oksigen.

Ia susulan kesesakan pesakit Covid-19 di hospital kerajaan termasuk Hospital Selayang yang didakwa mempunyai 90 peratus individu positif Covid-19 di wad kecemasan.

Situasi tersebut menyebabkan pesakit terpaksa berkongsi bekalan oksigen disebabkan kehabisan peralatan tersebut.

https://www.sinarharian.com.my/article/149189/KHAS/Covid-19/Hospital-Selayang-nafi-hadapi-masalah-bekalan-oksigen

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here