Kru SpaceShip Two - VSS Unity 22

KUALA LUMPUR – Orang ramai boleh menyaksikan penerbangan suborbit pertama SpaceShipTwo ( VSS Unity 22 ) dengan kru penuh yang melibatkan dua juruterbang iaitu Dave Mackay dan Michael Masucci serta empat pakar misi iaitu Sir Richard Branson ( pengasas Virgin Galactic ) , Beth Moses , Colin Bennett dan Sirisha Bandla .

Pelancarkan VSS Unity 22 ke angkasa akan menggunakan kaedah pelancaran dari udara dengan menggunakan pesawat pengangkut Scaled Composites White Knight Two (VMS Eve) yang dipandu oleh CJ Sturckow dan Kelly Latimer .

Liputan siaran langsung boleh disaksikan bermula dari jam 10:30 malam, hari ini (11 Julai 2021) di Youtube Virgin Galactic https://youtu.be/RTpWYWIfP7Y (Bergantung kepada keadaan cuaca)


VMS EVE dijangka akan melepaskan VSS Unity 22 untuk menuju ke angkasa kira-kira 50 minit selepas lepas landas (sekitar jam 11:20 malam ) dan pendaratan berlaku kira-kira 1 jam 5 minit selepas lepas landas (sekitar jam 11:35 malam) .

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here