Fiza mendiamkan diri tentang isu yang membabitkannya kerana dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selepas membuat laporan polis.

 

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

NAMA pelakon Fiza Abdul Halim, 40, menjadi perhatian ramai selepas bekas adik iparnya, Afrina Farzana mendedahkan tentang perangai bekas anggota kumpulan Elite itu sepanjang bergelar isteri kepada abangnya, Aizat Al Jefri.

Menerusi pendedahan itu pelbagai cerita ‘dalam kain’ tentang Fiza didedahkan yang selama ini tersimpan rapi.

Ekoran daripada pendedahan itu, Fiza yang kembali solo sejak 22 Julai 2020 mendapat banyak kecaman daripada netizen, hingga memaksa beliau membuat laporan polis.

Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim bercerai dengan bekas suami ketiganya itu menerusi aplikasi WhatsApp dengan talak satu. Hasil perkahwinan yang dibina pada Disember 2016, mereka dikurniakan seorang anak, Baby Aleena atau Siti Aleena Adra.

Menurut Fiza, beliau bukan sengaja mengelak daripada pihak media sejak isu tersebut menjadi perhatian ramai. Sebaliknya, beliau dinasihatkan supaya mendiamkan dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Fiza bersama anak bongsunya, Baby Aleena, anak hasil perkahwinannya dengan Aizat Al Jefri.

“Saya mohon maaf kerana tak dibenarkan memberi apa-apa kenyataan berhubung perkara berbangkit dan tular itu.

“Ia memang masih dalam siasatan polis. Dalam minggu depan insya-Allah saya akan mendapat keputusan hasil siasatan.

“Hakikatnya saya terpaksa kunci mulut dulu. Biarlah pihak berwajib melakukan kerja mereka dulu. Pasti kalau ada sebarang makluman akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Fiza membuat laporan polis pada Rabu lalu (7 Julai) di Balai Polis Mutiara Damansara dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Jelas ibu kepada tiga cahaya mata itu, beliau sedia memberi kerjasama kepada rakan media apabila keadaan mengizinkan.

Selepas siasatan selesai Fiza sedia memberi kenyataan kepada pihak media.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here