GAMBAR: Utusan.

 

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

POLIS telah menafikan kononnya gambar di media sosial yang ditularkan ialah seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Imigresen ketika bertugas di sebuah rumah di  Pandan Indah, Ampang, baru-baru ini.

Hasil siasatan mendapati dua pegawai Imigresen berkunjung  ke rumah untuk urusan rasmi, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya mengesahkan menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 60 tahun yang juga tuan rumah semasa pemeriksaan dilakukan dua pegawai Imigresen di rumahnya.

Dalam satu kenyataan pada Isnin (12 Jul) beliau berkata, “Siasatan lanjut mendapati bahawa pegawai berkenaan turut memperkenalkan diri dan memberitahu tujuan mereka ke sana”.

Mohamad Farouk berkata, gambar pegawai berkenaan yang ditularkan mengandungi kenyataan berunsur fitnah dan cuba merosakkan nama baik penguat kuasa berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penularan gambar itu,” katanya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here