Exco baharu Johor akan diumum akhir minggu ini – MB

0
170

 

Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH

Ditanya mengenai jumlah muka baharu yang akan dilantik dan muka lama yang akan digugurkan, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Kepong berkata: “Semua itu masih dalam penilaian.”

ISKANDAR PUTERI – Siapa bakal dilantik sebagai ahli Exco baharu kerajaan negeri Johor akan diumumkan selewat-lewatnya akhir minggu ini.

Menteri Besar, Dr. Sahruddin Jamal kini sedang meneliti nama-nama wakil rakyat dari Pakatan Harapan (PH) sebelum dimuktamadkan secepat mungkin.

“Saya akan memilih pasukan Exco yang selesa bekerja dengan saya. Kita masih kekalkan 11 portfolio termasuk satu portfolio di bawah saya untuk berkhidmat di bawah kerajaan negeri,” katanya selepas melakukan ‘flag off’ pelumba Tour de Iskandar Johor (TdLJ) 2019 di Dataran Mahkota, hari ini (17 April 2019).

Ditanya mengenai jumlah muka baharu yang akan dilantik dan muka lama yang akan digugurkan, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Kepong berkata: “Semua itu masih dalam penilaian.”

Dr. Sahruddin dilantik menjadi Menteri Besar Johor Ke-17 pada 14 April lalu bagi menggantikan Datuk Osman Sapian, yang meletakkan jawatan selepas 11 bulan meneraju kerajaan PH menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei 2018.

— BebasNews.my

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here