SULEIMAN MOHAMED.

 

KUALA LUMPUR – Bekas timbalan menteri Tan Sri Dr. Suleiman Mohamed dilantik Timbalan Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu Malaysia (KVUM) dalam mesyuarat jawatankuasa pertubuhan itu, 13 Julai 2021.

Beliau menggantikan wartawan Roseminah Ahmad yang meninggal dunia 5 Jun 2021.

Presiden KVUM Tan Sri Khalid Yunus berkata, pelantikan itu amatlah bertepatan kerana Suleiman merupakan seorang wartawan ternama sewaktu berkhidmat di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Beliau menyertai Utusan Melayu pada 1974.

Sulaimen, 74, juga Ahli Parlimen Titiwangsa selama empat penggal sejak tahun 1986 hingga 2004.

Beliau seterusnya berperanan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1987-1995), Timbalan Menteri Penerangan (1995-1999) dan Timbalan Menteri Kesihatan (1999-2004).

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here