GAMBAR: NSTP.

 

HARU-BIRU Covid yang berlaku di Selangor sekarang bagi saya bukan sesuatu yang mengejutkan.

Malah dari awal-awal kes Covid dulu saya telah jangkakan satu hari akan berlaku keributan. Ternyata hari ini benar.

Awal-awal kita PKP tahun lepas Kerajaan Selangor telah menimbulkan masalah dengan Pusat. Masa itu MKN kata kedai-kedai yang bukan kategori perlu tidak boleh dibuka.

Selangor pula beri kebenaran kepada kedai spare part beroperasi. Telah timbul sedikit masalah dengan MKN.

Kemudian mereka tubuh task force sendiri. Kononnya nak tunjuk mereka cerdik dan hebat. Sedangkan negeri-negeri lain kerajaan negeri bekerjasama rapat dengan Jabatan Kesihatan Negeri.

Apabila KKM perkenalkan MySejahtera, mereka pula perkenalkan Selangkah. Timbul masalah pula mengenai data-data dengan KKM. Bergaduh pula dengan KKM.

Kemudian mereka umumkan bahawa mereka lebih baik mengawal Covid. Poyo tahap gaban.

Sampai masa vaksin pula, mereka pula nak buat sistem vaksin sendiri.

Apakah mereka ini fikir mereka bukan dalam Malaysia?

Pulau Pinang walaupun diperintah DAP, mereka bekerjasama rapat dengan Pusat. Awal-awal dulu mereka ada juga buat aplikasi sendiri. Kemudian mereka selaraskan dengan MySejahtera.

Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang tidak ada masalah untuk bekerjasama rapat dengan Ketua Menteri. Tidak pula kerajaan negeri mereka tubuh task force sendiri.

Sampai masa vaksin, pun tidak ada masalah. YB KJ turun ke sana, Ketua Menteri sediakan tempat dan bawa tunjuk semua tempat-tempat yang disediakan untuk pusat vaksin.

Sebab itu walaupun P. Pinang kilang banyak, ianya tidak menjadi masalah besar. Kerana Kerajaan Negeri mereka tidak berlagak untuk tunjuk pandai.

Johor dan Pahang pun banyak juga kilang. Tetapi masalah mereka tidaklah seteruk Selangor. Sebab semua mereka kerjasama rapat dengan Pusat.

Dalam kita nak berperang lawan musuh, kita tidak boleh ada dua atau tiga kepala. Harus ikut satu kepala sahaja.

Apabila buat kepala sendiri, inilah padahnya. Apabila keadaan makin parah, tuding jari kepada orang lain.

Hari ini task force Covid Selangor telah merosakkan Malaysia secara keseluruhan. Kerana angka-angka yang tercatat serta situasi yang berlaku di Selangor telah mencacatkan Malaysia.

Syabas PKR. Tahniah PAN!

— BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply