Scene inside a Sam's club during the 2020 Covid-19 pandemic in Shenzhen, China.
Photo by Joshua Fernandez on Unsplash

GENEVA – China didesak supaya memberikan lebih bekerjasama dalam siasatan fasa kedua tentang asal usul Covid-19, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Dr. Tedros mengharapkan negara komunis itu memberikan akses yang lebih luas dan juga lebih telus.

Penyiasatan fasa pertama WHO yang berakhir pada bulan Februari lalu mendapati virus berkenaan bukan datangnya daripada sebuah makmal di Wuhan, China dan sumbernya dipercayai daripada kelawar.

Dr. Tedros ketika bercakap di sini semalam, WHO kini memerlukan data pesakit sebelum dan selepas pandemik untuk siasatan selanjutnya.

China tidak berkongsi tentang maklumat berkenaan dengan pasukan penyiasat dalam siasatan fasa pertama.

Dr Tedros juga memberikan amaran bahawa pandemik tidak akan berakhir dalam masa yang terdekat terutamanya dengan kemunculan varian baharu yang lebih ganas dan merebak di seluruh dunia.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here