KUALA LUMPUR – Buku kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 terpaksa dicetak semula.

Amat memalukan buku di bawah pengawasan pegawai atasan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ada banyak kesilapan sewaktu dihantar untuk cetakan pertama.

Beberapa pegawai persatuan sukan kebangsaan telah mengadu mengenai kesilapan dalam buku awal itu.

 

Mujur ia diperbetulkan kemudian setelah arahan baharu dikeluarkan MOM untuk mengharungi cetakan kedua.

”Merugikan satu hal tetapi ia sekurang-kurangnya dapat mengelak malu besar jika ia diedarkan oleh urus  setia di Tokyo kelak,” kata seorang daripada kakitangan sepenuh masa MOM.

Katanya: “Muka depan buku itu pun sudah silap apa lagi di bahagian dalam.”

Difahamkan Ketua Pegawai Operasi yang bakal mengiringi Presiden MOM di Tokyo, Michelle Chai gagal mengesan kesilapan pada peringkat awal.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here