KUALA LUMPUR – Jumlah suntikan vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula sejak 24 Februari lalu telah mencapai 14,002,324 dos setakat semalam (17 Julai), kata Menteri Kesihatan Adham Baba.

Beliau dalam perkongsian infografik data di Twitter berkata, daripada jumlah itu, seramai 9,570,974 individu menerima dos pertama, manakala 4,431,350 telah lengkap menerima dua dos.

Semalam sahaja, sebanyak 380,440 dos vaksin diberikan, membabitkan 253,830 individu menerima dos pertama dan 126,610 lagi lengkap dua dos.

Sejak seminggu lalu, jumlah dos vaksin Covid-19 yang diberikan di seluruh negara berjaya melebihi 400,000 setiap hari.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here