Oleh Yusoff Ahmad Shariff

BERITA baik untuk warga emas dan komuniti OKU di Pulau Pinang yang belum mendapat temu janji vaksin, walaupun telah mendaftar melalui MySejahtera.

Mereka boleh menggunakan talian hotline 04-2611330 Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang untuk mendapatkan tarikh temu janji.

Selain itu mereka juga boleh menghantar e-mel ke [email protected].

Melalui satu kenyataan pada laman Facebook ‘Penang Lawan Covid-19’ kerajaan negeri berkata ia akan berusaha untuk mempercepatkan proses tersebut.

Setakat Jumaat (16 Jul) sejumlah 474,665 orang di Pulau Pinang telah menerima dos pertama vaksin, daripada 1.1 juta yang telah mendaftarkan diri.

Kira-kira 26.85 peratus telah menerima dos pertama.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here