KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 153 kes kematian terbaharu, tertinggi yang direkodkan sejak wabak itu dikesan di negara ini tahun lalu sekali gus menyaksikan angka korban Covid-19 melepasi paras 7,000.

Pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) pula seramai 909 dengan 445 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebelum ini angka kematian tertinggi dilaporkan pada semalam iaitu 138 kes.

Sementara itu, 10,710 jangkitan kes harian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 916,561.

Seramai 5,778 pesakit dilaporkan pulih, menjadikan keseluruhan 784,949 pesakit sembuh, manakala angka korban pula meningkat kepada 7,019 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 124,593 kes aktif di seluruh negara.

Beliau berkata, Selangor kekal merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 4,828.

Ini disusuli Kuala Lumpur dengan 945 kes, Johor (808), Negeri Sembilan (771), Kedah (696), Sabah (666), Perak (407), Pahang (369), Penang (295), Melaka (289), Sarawak (261), Kelantan (146), Terengganu (123), Putrajaya (51), Labuan (50) dan Perlis (lima).

Daripada kes yang dilaporkan, sebanyak 10,698 adalah kes tempatan manakala baki 12 adalah kes import.

https://bit.ly/2UXfJG7
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here