Ebit Lew terlena kepenatan selepas melakukan kerja kebajikan.

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) yang meluahkan isi hatinya menerusi aplikasi Tik Tok baru-baru ini telah mendapat pelbagai reaksi masyarakat dan pengikutnya yang tersentuh dengan kata-kata yang diluahkan.

Dalam perkongsian tersebut, UEL dilihat mengalirkan air mata sambil meluahkan rasa bahawa dia bukanlah orang yang suka mencari gaduh dengan sesiapa sahaja.

“Saya susah nak mengata siapa-siapa. Saya susah nak bergaduh dengan siapa-siapa.

“Tetapi sejak kebelakangan ini, orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari gaduh dengan saya. Semua orang nak cakap bukan-bukan terhadap saya. Saya jadi sedih, “katanya.

Katanya dalam aplikasi Tik Tok yang dimuat naik semula dalam Instagram, @jentikhati.

UEL berkata, dia bukan seorang individu yang mudah melawan orang lain meskipun ada berbuat demikian dengannya.

“Saya memang tak takut siapa-siapa sejak kecil. Saya tahu hidup saya Allah yang tentukan, mati saya juga Allah yang tentukan.

“Saya tak balas pun orang mesej saya bukan-bukan. Kalau orang ugut, saya tak balas. Kalau setakat berkata, saya tak kisah sangat tapi kalau melibatkan macam-macam orang, yang itu saya jadi sedih,” katanya.

UEL mengharapkan agar umat manusia hidup dalam suasana dan persekitaran penuh kasih sayang, UEL bagaimanapun sedar masih ada pihak yang tidak suka dengan apa yang dilakukannya selama ini.

“Saya fikir dunia ini tak seindah yang disangka. Walau kita cuba nak bawa kasih sayang dalam dunia, akan ada yang benci, akan ada yang lawan.

“Saya percaya, kalau tidak hari ini, suatu hari nanti, dunia ini akan kembali seperti zaman dahulu. Zaman Rasulullah. Zaman dulu orang baik-baik. Suasana itu akan wujud, manusia saling mengasihi, saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, salah faham penceramah motivasi, Caprice dan UEL menjadi perhatian ramai apabila dia yang juga penyanyi rap tersebut telah membuat pelbagai tuduhan mengenai pembabitan UEL dalam misi bantuan sebelum ini.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here