KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan untuk meletakkan Lembaga Tabung Haji ( TH) di bawah kawalan Bank Negara Malaysia (BNM) perlu ditunda selepas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) selesai.

Beliau berkata, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz patut memberi fokus penuh kepada tugas sebagai menteri penyelaras untuk Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Meletakkan TH bawah BNM bukan keutamaan dalam tempoh pandemik ini,” katanya.

Beliau yang juga bekas menteri kewangan berkata, dua matlamat utama TH ialah memudah dan menyempurnakan urusan jemaah haji serta memperkasa ekonomi ummah.

Katanya, jika dikawal terlalu ketat seperti bank, maka jenis pelaburan dan pulangan dari pelaburan serta hibah tidak akan tinggi lagi.

“TH bukan bank. TH tak beri pinjaman atau kenakan riba. Bukan semua benda ialah bank.

“Matlamat TH juga sangat berbeza dengan bank. Model TH sudah elok sejak berpuluh tahun dahulu,” katanya.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here