Oleh Fetty Rara

KERAJAAN dijangka mengumumkan butiran tentang cadangan pelonggaran SOP bagi mereka yang telah mendapat vaksin penuh selepas Hari Raya Aidiladha, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata perkara tersebut sedang dibincangkan secara terperinci.

Jawatankuasa Teknikal juga memperincikan bagi individu dan sektor perniagaan yang dibenarkan nanti, kata beliau selepas melancarkan program Mindef Prihatin di Wisma pertahanan pada Isnin (19 Jul).

Ismail Sabri berkata bahawa pihak Kementerian Kesihatan akan mengkaji apa yang perlu dilakukan bagi mereka yang tidak boleh menerima dos kedua vaksin Covid-19 disebabkan alahan, kesan sampingan serius atau isu-isu kesihatan.

-Bebasnews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here