POLIS Israel berkuda ditugas menguatkuasakan SOP Covid-19/Gambar: Wikimedia Commons.

 

Oleh Zainal AS Rashid

PERDANA Menteri Israel Naftali Bennet telah mengarahkan supaya diperketat penguatkuasaan SOP Covid-19 terhadap mereka yang ingkar.

Pada mesyuarat kabinet Covid-19 semalam (18 Jul) pihak Kementerian Keselamatan Awam Israel telah mengemukakan satu pelan bagi melaksanakan peraturan baharu untuk menangagi pandemik Covid-19, lapor sputniknews.com.

Menurut Bennet matlamatnya ialah menentukan arah logikal bersama menghukum mereka yang tegar melanggar SOP kerana tindakan mereka membahayakan orang lain dan bukan sekadar pelaksanaan yang tidak serius dan berpilih-pilih.

Pelan yang dikemukakan kepada beliau merangkumi kaedah teknologi bersama penguatkuasaan ketat oleh pasukan polis dan inspektor kesihatan awam.

Prosedur penguatkuasaan akan diselaraskan dengan penekanan kepada pemendekan di antara pengeluaran notis denda ke atas sesiapa yang ingkar SOP dan pelaksanaan hukuman sebenar.

Di Israel penguatkuasaan membabitkan caj jenayah terhadap mereka yang dengan sengaja melanggar SOP, terutama semasa majlis perkahwinan dan lain-lain majlis sambutan yang berpotensi menjangkiti ramai.

Pada Sabtu lalu Israel melaporkan sebanyak 1,000 kes baharu dalam masa 24 jam. Ia merupakan angka tertinggi sejak empat bulan lalu. Setakat ini negara itu mencatatkan lebih 6,500 kes aktif.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here