Foto Berita Harian

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan diraikan oleh umat Islam seluruh negara esok.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan pemeriksaan di kawasan perumahan dan lokasi tumpuan awam bagi memastikan SOP dipatuhi sepanjang perayaan itu.

“Pematuhan SOP yang ketat adalah kunci kepada usaha melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19. Dalam menguatkuasakan pematuhan SOP ini, PDRM akan meningkatkan pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Justeru tegas beliau, bagi tujuan itu, pasukan pemantauan pematuhan akan giat digerakkan di seluruh negara dengan memberi fokus kepada kawasan perumahan dan lokasi tumpuan awam.

“Pihak yang dikesan sengaja melanggar SOP akan diambil tindakan tanpa kompromi,” katanya.

Acryl turut mengingatkan masyarakat agar tidak menjalankan aktiviti ziarah dan kunjung-mengunjung atau merentas daerah dan negeri sepanjang musim perayaan ini.

“Sebarang pelanggaran SOP berhubung perkara ini akan diambil tindakan berdasarkan peruntukan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” tegas beliau.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here